Khamis, 8 Disember 2016

PENYAKIT LUPA

Lupa selalunya dikaitkan dengan sebab jarang guna sesuatu perkara,namun berdasarkan kajian kini didapati disebabkan faktor gangguan seperti emosi,kerisauan,terlalu beri tumpuan dan boleh jadi juga disebabkan tahap kebijaksanaan seseorang.

Gangguan intelektual atau kesesakan mental boleh dikurangkan jika kita memahami secara jelas dan menghubungkaitkan serta serasikannya dengan mengatur bahan-bahan yang dibaca dan pengalaman yang ditimba ,supaya nanti semua input itu tidak bercanggahan.Kita perlu mengelak daripada menyesakkan masa pembelajaran kita dengan bahan-bahan yang tidak terurus.

Ada juga seseorang itu menjadi lupa disebabkan kesamaran  fakta akibat pembelajaran yang pelbagai tetapi hampir semua perkara kelihatan sama sahaja.Terdapat gangguan yang tinggi apabila ada dua subjek yang seakan serupa daripada subjek yang tidak serupa.Bagaimana tu?..teruskan membaca ok...


KENAPA KITA LUPA?


1.Konsep Diri Yang Negatif

 -menyangka yang diri ini pelupa.Bila kita sudah MINDSETkan sebegitu,Segala apa yang dipelajari     dan kita hafal tidak akan kekal lama.Kadang- kadang tu,apa yang berlaku dalam detik-detik hidup       kita beberapa minit lepaspon boleh terlupa.Contohnya terlupa dimana letaknya kunci kereta dan      sebagainya.Hal ini merupakan tahap yang paling kritikal dikenali sebagai NYANYUK.Jangan            pandang remeh perkara ini jika ianya tidak terjadi kepada kita,kerana tanpa kita sedari umur kita kian  berganjak dari semasa ke semasaJangan terkejut,jika penyakit ini datang kepada anda secara tiba-  tiba!.'THE POWER OF MINDSET'.

2.Tidak Belajar Bahan Pelajaran Dengan Baik.

  -belajar dalam keadaan mengantuk dan sebagainya.Selain itu kita sering membaca dalam keadaan malas dan tidak mengfokuskan sesuatu part yang penting.

3.Sebab Psikologi.

 -selalunya insiden yang menyeronokkan mudah diingati berbanding insiden yang kurang menyenangkan.Otak kita merupakan ciptaan yang sangat hebat dan sama sekali tidak boleh ditiru  ataupun direka sendiri.Otak kita berupaya AUTO DELETE kan bahagian yang tidak penting yang  berlaku dalam kihidupan kita.Ini dapat mengelakkan kelesuan dan tekanan perasaan kepada sesiapa  sahaja.

4.Jarang Guna.

-menganggap latihan tidak perlu.Sebagai seorang pelajar pula,kita sering mengulangkaji pelajaran  hanya untuk menghadapi peperiksaan sedangkan kita lupa,ilmu yang dipelajari adalah  jauh lebih  bernilai daripada segalanya.Hal inilah yang menyebabkan seseorang pelajar itu lupa apa yang  dipelajari sebaik sahaja tamat peperiksaan

5.Gangguan.

-Emosi,kerisauan,terlalu memberi tumpuan dan darjat kebijaksanaan.Ini dapat diatasi dengan cara menenangkan emosi dengan beriadah,mendengar lagu dan sebagainya.

6.Terlalu banyak ketawa

-Bagi saya,ini merupakan part yang paling susah diatasi,hehe.Cuba kurangkan ketawa ya kawan- kawan.


Apabila pembelajaran lalu bercanggah dengan pembelajaran terbaru ia juga boleh mengakibatkan gangguan kepada memori dan menjadikan kita lupa.Contohnya sajak klasik dengan sajak moden-jika ada sedikit persamaan,menyebabkan gangguan kepada ingatan kita.

Image result for sakit kepala emoticon

Kehidupan ini nampaknya,mestilah diurus dengan teratur,terutamanya kehidupan mental kita,dan mesti dilayan dengan sedikit keserasian.kita mesti memberikan rehat supaya minda kita dapat berfungsi dengan baik.Perkara bertubi-tubi yang serupa sahaja selalunya 'berjuang' untuk mendapat tempat di dalam otak,namun ada perkara yang ditolak keluar dan dilupakan.

Contohnya:
Anda mungkin kehilangan banyak pengetahuan sekiranya anda membaca buku secara cepat dan tidak menguruskan maklumat yang dikumpulkan , berfikir mengenainya atau cuba menjelaskan apa yang dibaca.

FAKTA RINGKAS,(CARA MENGATASI)

Image result for sakit kepala emoticon


~PELAJAR
  mesti fokus perhatian kepada apa yang ingin dihafal

~MEMBACA CARA SERONOK
  contohnya membaca novel sejarah adalah kaedah terbaik untuk mempelajari sejarah.Selain    itu,membaca sambil mendengar lagu bagi yang individu yang sesuai,ataupun membaca sambil    menceritakan kepada orang lain apa yang dibaca.

~ULANG KAJI
 bacaan pertama mungkin untuk syarat memahami sesuatu topic dan bacaan seterusnya adalah proses  menghafal.

~HUBUNGKAIT
 fakta yang dibaca,apa kaitan dengan bahan yang dipelajari.

~MEMBACA DOA KETIKA LUPA.

Image result for doa lupa



#OTAK kita mudah 'merakam' ingatan jika ia 'mendengar,melihat,merasa dan mengesan' pergerakan ketika proses rakaman input.Ingatan menjadi kuat jika proses belajar diulang tubi.Jika anda berupaya memindahkan idea abstrak kepada bentuk gambarajah,mudah bagi anda mengingati konsep tersebut.
#Sebagai seorang pelajar pula,penggunaan kad sangat berguna untuk pelajar ulangkaji,senang dibawa ke mana-mana dan dibaca dengan tekun untuk tujuan hafalan.Anda boleh cetak katakunci topik yang anda ingin ingat  hafal ke atas kad dan simpan dalam poket supaya mudah ditatapi apabila masa mengizinkan dan dibaca secara kuat sebagai latihan aktif pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan